Custom Search

Jun 4, 2009

Objektif Penubuhan PPWM

1. PPWM bertujuan mengeratkan hubungan sesama penulis wanita yang terlibat dalam bidang ini semakin ramai. Justeru, mereka perlu dikumpulkan di bawah satu bumbung bagi membangunkan bidang ini setanding dengan bidang-bidang lain. Di bawah PPWM, mereka dapat bersatu dalam menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan terancang.
2. PPWM bukan sebuah persatuan yang terlalu bergantung atau berhubung gender hanya kerana terdapat perkataan `wanita'. Ahli-ahli PPWM dipilih daripada golongan yang bersifat produktif, punya wawasan tersendiri dan bersikap terbuka. Namun, fokus terhadap sahsiah dan nilai wanita diberikan penekanan.
3. PPWM juga akan bertindak sebagai `mata' dan `telinga' kepada masyarakat bagi mengetengahkan unsur-unsur positif dan mengetepikan hal-hal negatif dalam segala bidang bagi melahirkan masyarakat madani. Ini boleh dilakukan melalui kritikan di media, penerbitan atau menyuarakan dalam seminar-seminar anjuran kerajaan atau NGO.
4. Ahli-ahli persatuan ini berusia dalam lingkungan usia 18 tahun hingga 50 tahun. Bidang kerjaya pula terbuka luas tetapi fokus diberikan kepada karya penulisan tanpa mengira genre. Selain itu, ahli-ahli PPWM adalah golongan profesional yang berkerjaya doktor, peguam, pensyarah, kurator, wartawan, pelakon, pegawai kesenian, perhubungan awam, ahli perniagaan dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment