Custom Search

Jun 4, 2009

AKTIVITI 2008

1. SIDANG MEDIA TEATER NYONYA (ISTANA BUDAYA)
Tarikh : 28 Januari 2008
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Kerjasama : Istana Budaya
Penaung : Datin Seri Nooriah Ana Ab. Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)
Penaung teater Nyonya, Datin Sri Nooriah Ana telah hadir dalam sidang akhbar ini untuk memaklumkan bahawa Nyonya akan dipentaskan di Istana Budaya. Antara pelakon yang hadir ialah Juhara Ayob Khatijah Tan, Yani Mae (Indonesia) dan Tania Zainal. Pada majlis itu juga dilancarkan Tabung Seikhlas Hati Sanjungan Budi bagi mengutip derma untuk seniwati Azean Irdawaty yang mengidap kanser payudara.


2. PEMENTASAN TEATER NYONYA (ISTANA BUDAYA)
Tarikh : 20 – 24 Februari 2008
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Skrip : Wisran Hadi
Arahan : Rosminah Mohd. Tahir
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Kerjasama : Istana Budaya, DBKL & DBP
Penaung : Datin Seri Nooriah Ana Ab. Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)
VIP : Datuk Seri Zul Hasnan Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan)
Turut hadir pada malam pertama ialah Penaung Nyonya, Datin Sri Nooriah Ana dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Sri Zul Hasnan Rafique serta seniwati Azean Irdawaty. Pelakon teater ini ialah Juhara Ayob, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Melissa Saila, Tania Zainal dan Yani Mae (Indoneisa).


3. MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA SENIWATI AZEAN IRDAWATY
Tarikh : 20 Februari 2008
Tempat : Lambang Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Kerjasama : Istana Budaya
VIP : Datuk Seri Zul Hasnan Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan)
Sempena pementasan teater ini dilancarkan Tabung Seiklhas Hati Sanjungan Budi untuk membantu Seniwati Azean Irdawaty yang mengidap penyakit kanser. Atas inisatif Penaung, Datin Sri Nooriah Ana sebanyak RM24,500.00 telah berjaya dikutip dan diserahkan kepada Azean pada malam tersebut.

4. SIDANG MEDIA TEATER BUKAN DEJAVU
Tarikh : 12 Jun 2008
Tempat : Bilik Media, Istana Budaya, KL
Anjuran : DBP, PPWM dengan kerjasama Istana Budaya
Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Bahagian Sastera Kebangsaan, Zalila Sharif. Antara pelakon yang hadir ialah Norish Karman, Juhara Ayob, Safura Ya’cob, Mardiana Alwi, Yussak Kassan, Siti Asmeira Zulaika Hasmuri, Rasdi Daud, Aris Othman dan ramai lagi.


6.PEMENTASAN TEATER BUKAN DEJAVU
Tarikh : 9 – 13 Julai 2008
Tempat : Auditorium DBP, Kuala Lumpur
Anjuran : DBP & PPWM dengan kerjasama Istana Budaya
Skrip : Ismail Kassan
Pengarah : Siti Rohayah Attan
Penaung : Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pelajaran)
Pementasan ini sempena Ulang Tahun Ke-51 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) manakala skripnya pula adalah pemenang Hadiah Pertama Sayembara Mengarang (Drama) Sempena 50 Tahun Merdeka. Ia dilakonkan antaranya oleh Juhara AYob, Shukor Yon, Safura Ya’cob, Norish Karman, Rasdi Daud, ARis Othman, Mardiana Alwi, Arbaiyah Ahmad Nadzri, Siti Asmeira Zulaiqa, YUssak Kassan, Eyzendy Aziz, Maizah Abdullah Thany dan ramai lagi.

7. SIDANG MEDIA TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
Tarikh : 8 Julai 2008
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : Istana Budaya dan PPWM
Sidang Media ini telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Sharani. Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada media tentang program pementasan ini yang diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2008.


8. PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
Tarikh : 9 – 13 Julai 2008
Tempat : Auditorium DBP, Kuala Lumpur
Anjuran : DBP & PPWM dengan kerjasama Istana Budaya
Skrip : Ismail Kassan
Pengarah : Siti Rohayah Attan
Penaung Kehormat: YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Isteru Timbalan Perdana Menteri)
Penaung : YBhg. Datin Sri Noriah Ana Abd. Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)
Pelancaran teater ini telah dilakukan oleh YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir ialah Datin Sri Nooriah Ana, Ketua Pengarah Istana Budaya dan pihak media. Satu fregmen selama 30 minit telah dipersembahkan yang mana Datin Rosmah dan Datin Nooriah Ana turut terlibat dalam upacara memotong jambul seorang kanak-kanak yang digambarkan sebagai Ibu Zain yang baru dilahirkan.


9. PEMENTASAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
Tarikh : 12-18 Ogos 2008
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Anjuran : Istana Budaya & PPWM
Skrip : Rosminah Tahir
Arahan : Rosminah Tahir
Penaung Kehormat : YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
(Isteri Timbalan Perdana Menteri)
Penaung : Ybhg. Datin Sri Nooriah Ana Abd. Razak
(Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)
Teater ini mengangkat jasa tokoh wanita Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman (Ibu Zain) dalam bidang pendidikan, persuratan dan politik tanahair demi mencapai kemerdekaan. Dipentaskan sempena sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51. Dijayakan oleh Liza Othman, Dato’ Rahim Razali, Nur Fatimah, Catriona Ross, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Hisham Ahmad Tajuddin, Mazlan Tahir, Sahronizam Noor dan lain-lain lagi.
Turut hadir, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zul Hasnan Rafique, Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tan Sri Sabaruddin Chik.

AKTIVITI 2007

1. PEMENTASAN TEATER NYONYA (KEDAH)
Tarikh : 25 – 27 Mei 2007
Tempat : Taman Budaya Alor Star, Kedah
Anjuran : PPWM, CTRA Production & Kerajaan Negeri Kedah
Skrip : Wisran Hadi (Indonesia)
Pengarah : Rosminah Mohd. Tahir
Kerjasama : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah
Penaung : Datin Seri Noraini Abdullah (Isteri Menteri Besar Kedah)
VIP : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Besar Kedah)
Pelakon yang menjayakan pementasan ini Vanidah Imran, Juhara Ayob, Khatijah Tan, Tania Zalina Zainal, Zaifri Husin & Farah Adila Apandi

AKTIVITI 2006

1. PELANCARAN PROGRAM ISTANA BUDAYA ‘06
Tarikh : 6 Januari 2006
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : Istana Budaya & KeKKWa
Kerjasama : PPWM, CTRA Production dll
VIP : YBhg. Dato’ Azizah Abod (Ketua Setiausaha KeKKWa)
Program ini diadakan untuk menghebahkan tentang keseluruhan program Istana Budaya bagi tahun 2006. Antara programnya termasuklah pementasan teater Muzikal Lantai T.Pinkie terbitan PPWM yang akan berlangsung pada April nanti. Ia dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Siti Azizah Abod. Produksi Lantai T.Pinkie juga mempersembahkan fregmen yang dilakonkan oleh Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Azizah Mahzan dan Safura Ya’cob.



2. SIDANG MEDIA MEMPERKENALKAN PRODUKSI MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 17 Mac 2006
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Istana Budaya & KeKKWa
Sidang media ini dikendalikan oleh Presiden PPWM, Siti Rohayah Attan dan Naib Presiden PPWM, Rosminah Tahir serta dihadiri oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Azhar Abu Bakar serta semua tenaga produksi dan kira-kira 100 wartawan. Antara pelakon yang hadir ialah Nasha Aziz, Azizah Mahzan, Zuhairi Ibrahim, Zaifri Husin, Soong Ai Ling.


3. SIDANG MEDIA PELANCARAN MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 13 April 2006
Tempat : Saloma Bistro & Restaurant, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Kerjasama : Istana Budaya, KeKKWA & Saloma Bistro
VIP : Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan
Teater araha Rosminah Tahir dan karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 April – 7 Mei. Sehubungan itu, pelancarannya telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Azhar Abu Bakar.
Persembahan fregmen setengah jam dilakonkan oleh semua pelakon teater ini seperti Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Soong Ai Ling, Azizah Mahzan, Vanidah Imran, Abby Abadi dan ramai lagi. Lebih 100 wartawan dan jemputan telah hadir ke majlis yang ditaja oleh Saloma Bistro ini.



4. PEMENTASAN TEATER MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 28 April - 7 Mei 2006
Tempat : Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Istana Budaya & KeKKWa
Tajaan : KeKKWa & PNB Berhad
Karya Asal : Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said
Skrip/Arahan: Rosminah Mohd. Tahir
Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Penaung : Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Ini adalah pementasan keempat Lantai T.Pinkie yang diarahkan oleh Naib Presiden PPWM, Rosminah Tahir. Pementasan ini adalah sebagai mengenang sumbangan Penaung PPWM, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood dalam usaha menyemarakkan semangat ahli-ahli PPWM untuk memajukan bidang seni negara. Antara pelakon yang terlibat dalam teater karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ini ialah Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Zaifri Husin, Safura Ya’cob, Abby Abadi dan ramai lagi. Pengarah Muzik ialah Pak Ngah (Suhaimi Mohd. Zain) manakala Koreografer ialah Anthony Meh.
Antara yang hadir menyaksikan pementasan ini ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri; Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tun Abd. Rahman Abbas dan isteri; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendy Norwawi dan isteri, Pengerusi Eksekutif Media Prima, Datuk Abd. Mutalib Abd. Razak dan isteri serta Pengerusi Eksekutif PNB Berhad, Tan Sri Ahmad Sarji Abd. Hamid dan isteri. Persembahan ini secara keseluruhannya disaksikan oleh lebih 10,000 penonton.





5. MAJLIS TERIMA KASIH PRODUKSI MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 21 Mei 2006
Tempat : Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Majlis yang serba sederhana ini diadakan dengan tujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan pementasan teater Lantai T.Pinkie dari 28 April – 7 Mei 2006. Antara tetamu yang hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said dan isteri serta Ketua Pengarah Istana Budaya, Azhar Abu Bakar. Begitu juga pelakon seperti Zuhairi Ibrahim, Nasha Aziz, Safura Ya’cob, Zaifri Husin dan Soong Ai Ling.



6. SIDANG MEDIA MUZIKAL LANTAI T.PINKIE (PERAK)
Tarikh : 6 September 2006
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM, CTRA Production& Kerajaan Negeri Perak
Kerjasama : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak & KeKKWa
Sidang ini untuk memaklumkan kepada media dan masyarakat bahawa teater ini akan dipentaskan di luar Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Datuk A.Samad Said dan Pengarah JKKP, Habsah Nordin serta pelakon seperti Vanidah Imran, Khatijah Tan, Juhara Ayob, Tania Zainal, Safura Ya’cob dan ramai lagi.


7. PEMENTASAN MUZIKAL LANTAI T.PINKIE (PERAK)
Tarikh : 15 – 17 September 2006
Tempat : Taman Seni Budaya Ipoh, Perak
Anjuran : PPWM, CTRA Production, Kerajaan Negeri Perak & Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak
Karya Asal : Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said
Skrip/Arahan : Rosminah Mohd. Tahir
Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri)
Penaung : Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (Menteri Besar Perak)
Pelakon yang terlibat ialah Vanidah Imran, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Song Ai Ling, Juhara Ayob, Zaifri Husin, Tania Zainal, Safura Ya’cob dan ramai lagi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

AKTIVITI 2005

1. BICARA KOMSAS
Tarikh : 15 Mei 2005
Tempat : Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan
Anjuran : Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan
Dalam Program Bicara KOMSAS (Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu) di Sekolah Menengah Kebangsan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan ahli PPWM iaitu Nisah Haron telah diundang untuk memberi ceramah.

AKTIVITI 2004

1) SIDANG MEDIA/PELANCARAN TEATER DEJAVU
Tarikh : 19 Januari 2004
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Tajaan : Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat
Penaung Kehormat: Datin Seri Endon Mahmood
Penaung : Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman
Sidang media dan pelancaran teater ini dirasmikan oleh wakil Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat, Datin Madinah Mohamad. Ia diharap dpat menghebahkan mengenai pementasan teater tersebut bagi kali kedua setelah dipentaskan kali pertama dengan judul Dejavu Seorang Perempuan.

2. PEMENTASAN TEATER DEJAVU
Tarikh : 24 hingga 29 Januari 2004
Tempat : Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur.
Anjuran : PPWM
Kerjasama : MTC
Tajaan : Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Karya : Ismail Kassan
Arahan : Siti Rohayah Attan
Penaung Kehormat: Datin Seri Endon Mahmood
Penaung : Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman
Teater ini kali kedua dipentaskan p;eh PPWM. Antara pelakon yang mengambil bahagian ialah Ogy Ahmad Daud, Shukor Yon, Mubarak Majid, Melissa Saila, Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Yussak Kassan, Shahronizam Noor dan ramai lagi. Sambutan yang diberikan amat mengkagumkan yang mana setiap malam dewan dibajiri oleh khalayak.



3. BENGKEL PENULISAN PANTAI TIMUR
Tarikh : 22 hingga 24 Julai 2004
Tempat : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan
Anjuran : Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur serta Nobel Art.
Kerjasama : PPWM
Seramai 30 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghadiri bengkel secara intensif ini. Fasilatatornya ialah Siti Rohayah Attan, Aminah Mokhtar, Ana Balqis dan Nisah Haron. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penulis baru bagaimana untuk menghasilkan karya dalam bentuk skrip, novel dan cerpen.


4. SIDANG MEDIA TEATER DEJAVU
Tarikh : 29 Julai 2004
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : Istana Budaya & PPWM
Sempena Siri Teater Malaysia (STEM), PPWM terpilih untuk menyertai program STEM yang julung kali diperkenalkan oleh Istana Budaya. Program ini memilih produksi terbaik yang pernah dipentaskan sebelum ini dan Dejavu telah terpilih. Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr. Hatta Azad Khan merasmikan sidang media itu.


6. TEATER DEJAVU DI ISTANA BUDAYA -
Tarikh : 10 - 19 September 2004
Tempat : Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : Istana Budaya & PPWM
Karya : Ismail Kassan
Arahan : Siti Rohayah Attan
Penaung Kehormat: Datin Seri Endon Mahmood
Penaung : Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Teater ini terpilih dalam Siri Teater Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan selepas dua kejayaan pementasan awalnya.. Karya Ismail Kassan, arahan Siti Rohayah ini dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud, Shukor Yon, Serina Redzuan, Safura Yaacob, Rozie Rashid, Zuhairi Ibrahim, Juhara Ayob, Yussak Kassan dan ramai lagi. Ia turut dihadiri oleh Datin Seri Endon Mahmood.


7. SIDANG MEDIA TEATER NYONYA
Tarikh : Oktober 2004
Tempat : Jabatan Kebudayaan & Kesenian Wilayah Persekutuan
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan / JKKWP
Penaung : Datin Seri Endon Mahmood
Sidang media ini dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan, Zaiton Md. Desa. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada peminat teater tentang pementasan teater tersebut.


8. TEATER `NYONYA’ DI KUALA LUMPUR
Tarikh : 7 – 11 Oktober 2004
Tempat : Mini Auditorium MTC, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan
Karya : Wisran Hadi
Pengarah : Siti Rohayah Attan
Penaung : Datin Seri Endon Mahmood
Teater ini dtulis oleh penulis Indonesia, Wisran Hadi yang mengisahkan tentang pergeseran satu keluarga akibat harta dan sikap pedagang yang cuba mencari keuntungan dengan pelbagai cara. Pelakonnya ialah Tania Zainal, Juhara Ayob, Eyzendy Aziz, Melissa Saila, Ismaliza Ishak dan Rosman Ishak.




9. TEATER NYONYA DI NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 10 – 12 Disember 2004
Tempat : Taman Seni Budaya Seremban. Negeri Sembilan
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Sembilan
Tajaan : KeKKWa
Karya : Wisran Hadi
Pengarah : Siti Rohayah Attan
Penaung : Datin Seri Endon Mahmood
Sekali lagi di bawah arahan Siti Rohayah Attan, karya Wisran Hadi ini dipentaskan. Kali ini di Taman Seni Budaya, Negeri Sembilan dari 10 hingga 12 Disember. Antara pelakonnya ialah Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Rozie Rashid, Khatijah Tan, Rosman Ishak dan Rosmaliza Ishak.
.

10. BENGKEL PENULISAN SKRIP
Tarikh : 10 – 12 Disember 2004
Tempat : Taman Seni Budaya Seremban. Negeri Sembilan
Anjuran : Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) & PPWM
Kerjasama : Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Sembilan
Tajaan : KeKKWa
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan secara lebih meluas kepada penulis baru dalam pelbagai bidang termasuklah penulisan skrip drama pentas, drama radio dan drama tv serta filem. Penceramahnya ialah Rosminah Tahir, Siti Rohayah Attan dan Aminah Mokhtar.

AKTIVITI 2003

1. MALAM PUISI UTUSAN KE-10
Tarikh : 9 Mei 2003
Tempat : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : Kumpulan Utusan
Kerjasama : PPWM & DBKL
Tajaan : Imagnia Corporation
PPWM bertindak sebagai penyelaras bagi program ini. Majlis ini dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datin Seri Endon Mahmood. Pada malam inilah Datuk Seri Abdullah buat pertama kali mendeklamasikan puisi ciptaanya sendiri iaitu Damai Abadi. Artis lain yang mengambil bahagian ialah Datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Ogy Ahmad Daud, Anuar Zain di samping penyair terkenal seperti Siti Zaleha Hasihim, Zaen Kasturi, Lim Swee Tin, Selina Lee dan ramai lagi. Turut mengambil bahagian ialah Pengerusi Imagnia Corporation, Datuk Jamaluddin Mansor. Kalangan wartawan pula ialah Siti Rohayah Attan, Huwie dan Huzz.


2. SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA EXXOMOBIL-UTUSAN 2003
Tarikh : Jun hingga 6 September 2003
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anjuran : Kumpulan Utusan
Kerjasama : PPWM & DBP
Tajaan : ExxonMobil
Pertandingan yang berciri cintakan kemerdekaan ini diuruskan dan diselenggarakan oleh PPWM sejak awal hingga ke peringkat akhir. Ia melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Di samping itu Kategori Terbuka juga diadakan yang mana ia boleh disertai oleh semua individu yang berminat dalam deklemasi ini. Hadiah-hadiah pertandingan akhir disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.

3) SIDANG MEDIA/PELANCARAN TEATER BULAN MENANGIS
Tarikh : 29 September 2003
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Karya : Siti Rohayah Attan
Arahan : Siti Rohayah Attan
Tajaan : Imagnia Corporation dan Tenaria Sdn. Bhd.
Sidang media dan pelancaran ini dilakukan oleh Ahli Parlimen Kawsan Gombak, Tan Sri Zaleha Ismail. Ia bagi menghebahkan kepada media dan masyarakat tentang pementasan teater tersebut.

4) TEATER BULAN MENANGIS
Tarikh : 9 hingga 12 Oktober
Tempat : Mini Auditorium MTC, Kuala Lumpur
Karya : Siti Rohayah Attan.
Arahan : Siti Rohayah Attan
Penaung Kehormat : Datin Seri Endon Mahmood
Penaung : Datuk Aziz Shamsuddin
Tajaan : Imagnia Corporation & Tenaria Sdn. Bhd.
Teater ini menggabungkan empat cerita termasuklah kisah anak yang murtad kerana cinta juga anak yang keliru dengan kehidupannya kerana terpengaruh dengan kehidupan `mak nyah.’ Pelakon dalam teater ini ialah Erma Fatima, Shahrul Mizad Ashaari, Rosmah Ishak, Norzizi Zulkifli dan Shahriza Mahmud.

AKTIVITI 2002

1. SIDANG MEDIA/PELANCARAN TEATER ANUGERAH
Tarikh : I Mac 2002
Masa : 3 petang
Tempat : Restaurant Saloma, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Kementerian Pendidikan
Sidang media ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat tentang pementasan teater Anugerah. Pada sidang media ini liputan yang diterima amat membanggakan. Datuk Aziz Shamsuddin sebagai Penasihat Kehormat merasmikan sidang media ini. Turut hadir ialah Datuk A.Samad Said dan wakil Puncak Niaga, Zon Abdul Hamid, Datin Paduka Zaleha lsmail dan Zaharah Nawawi.


2. TEATER ANUGERAH
Tarikh : 15 Mac-21 Mac 2002
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM, Kementerian Pendidikan DBKL
Tajaan : Puncak Niaga Sdn. Bhd
Karya : Adaptasi novel Zaharah Nawawi, Skrip Rosminah Tahir
Arahan : Rosminah Tahir
Penaung Kehormat: Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
Teater ini adalah adaptasi dan novel tertebal di Malaysia bertajuk Anugerah karya Zaharah Nawawi, berkisar perjuangan kaum ibu dalam UMNO di bawah pimpinan Ibu Zain ketika menuntut kemerdekaan. Antara pelakon yang terlibat ialah Melissa Saila, Vanidah lmran, Jasmin Hamid, Jalaluddin Hassan, Zaifri Husin, Normala Omar, Azizi Mohd Said. Noor Khiriah Ahmad Shapie dan ramai lagi. Tetamu Kehormat yang datang ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


3. MAKAN MALAM ANUGERAH
Tarikh : 10 April 2002
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Majlis ini diadakan sebagai ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pementasan teater Anugerah yang telah bekerja keras selama ini. Di malam itu masing-masing menunjuk bakat menyanyi. Turut hadir ialah Penasihat Veteran UMNO Teater Anugerah, Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Fuad Hassan, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan isteri serta beberapa jemputan yang lain.


4. TEATER ANUGERAH (2)
Tarikh : 17 – 19 Julai 2002
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM, Kementerian Pendidikan DBKL
Tajaan : Puncak Niaga, Kumpulan Sapura & Yayasan Al-Bukhary
Karya : Adaptasi novel Zaharah Nawawi, Skrip Rosminah Tahir
Arahan : Rosminah Tahir
Penaung Kehormat: Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
Ini kali kedua teater ini dipentaskan dalam tahun ini selepas dipentaskan 15- 21 Mac lalu. Teater ini adalah adaptasi dan novel tertebal di Malaysia bertajuk Anugerah karya Zaharah Nawawi, berkisar perjuangan kaum ibu dalam UMNO di bawah pimpinan Ibu Zain ketika menuntut kemerdekaan. Antara pelakon yang terlibat ialah Melissa Saila, Vanidah lmran, Jasmin Hamid, Jalaluddin Hassan, Zaifri Husin, Normala Omar, Azizi Mohd Said. Noor Khiriah Ahmad Shapie dan ramai lagi. Tetamu Kehormat yang datang ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad dan isteri serta pemimpin politik yang lain.



5. PAMERAN MEMBIDIK PENTAS YANI MAE
Tarikh : 17 – 19 Julai 2002
Tempat : Lobi Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM, Kementerian Pendidikan DBKL
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
Pameran seni fotografi aktivis seni dari Bandung, Indonesia; Yani Mae ini diadakan sempena pementasan teater Anugerah. Lebih 60 karya beliau yang memberi fokus kepada imej seni pementasan dipamerkan. Turut menyaksikan pameran ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan ister Datin Seri Dr. SIti Hasmah Mohd. Ali.

AKTIVITI 2001

1. MALAM SENI `KATA KASIH MAHKOTA HATI’
Tarikh : 25 Mei 2001
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Yayasan Budi Penyayang, DBP dan Kumpulan Utusan
Majlis ini bersempena sambutan Hari Ibu. Persembahan puisi, lakon, sketsa dan nyanyian diadakan. Tokoh sastera, aktivis seni, pelakon dan penyanyi mengadakan persembahan.Yang teristimewa, penampilan pertama kali penaung PPWM YABhg Datin Seri Endon Mahmood, membacakan sebuah puisi yang ditulis oleh ahli PPWM, Rosminah Tahir bertajuk Kata Kasih Mahkota Hati diringan petikan gitar, dan Az Samad, anak SN A. Samad Said. Di samping itu ramai artis dan penggiat seni lain turut terlibat.


2. BENGKEL REKREASI RAKAN SENI BUDAYA
Tarikh : Ogos, September & Oktober 2001
Masa : 3 – 6 petang (Setiap Sabtu)
Tempat : Kelab Rekreasi Rakan Muda, Bukit Perdana
Anjuran : PPWM & Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Negara.
Kerjasama : Akademi Seni Kebangsaan
Bengkel tari ini meliputi tarian tradisional iaitu Zapin, Endang dan Joget Pahang. Ia terbuka kepada remaja dan belia berusia 17 tahun hingga 25 tahun. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Konsep yang digunakan adalah ‘Meriah Kampung’. Proses bengkel secara santai dan praktikal dapat menarik minat remaja.

3. MALAM SENI `GEMA MANDIRI RAKAN MUDA’
Tarikh : 29 September 2001
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kelab Rekreasi Rakan Muda, Bukit Perdana
Anjuran : PPWM & Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Negara.
Kerjasama : Akademi Seni Kebangsaan
Majlis ini bersifat ekspresi seni bertemakan Cintakan Negara dan mengenal jati diri bangsa dan rakyat Malaysia. Ia bersempena sambutan penubuhan Malaysia dan bulan Kemerdekaan. Persembahan diadakan oleh peserta Bengkel Rakan Seni Budaya anjuran PPWM pada Ogos.


4. PERTEMUAN PENULIS ASIA TENGGARA & MAJLIS MERAIKAN PENERIMA SEA WRITE AWARD 2001
Tarikh : 30 September 2001
Masa : 8.30 malam
Tempat : Banquet Hall, Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur.
Anjuran : Akademi Seni Kebangsaan & DBP
Kerjasama : PPWM
Majlis ini adalah penghubung program Pertemuan Penulis Asia Tenggara. Lebih 300 peserta seluruh Asia menyertai program ini. Ia juga bagi meraikan Zakaria Ariffin yang menerima SEA Write Award tahun 2001 dari Raja Thailand. Tetamu Kehormat ialah YABbhg. Datin Seri Endon Mahmood.


5. BENGKEL TEATER PUTERI
Tarikh : 27 - 28 Oktober 2001
Masa : 8 pagi - 10 malam
Tempat : Hotel di Melaka
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Puteri UMNO Alor Gajah, Melaka
Bengkel ini bertujuan mendedahkan ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka tentang dunia teater. Bagi program ini bengkel dikendalikan oleh Presiden PPWM, Siti Rohayah Attan, Bendahari PPWM, Shahriza Mahmood dan pengarah teater jemputan dari Bandung, Indonesia, Yani Mae.

AKTIVITI 2000

1. TEATER LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 24 hingga 27 Ogos 2000
Masa : 8 30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Badan Teater dan Kesenian Wilayah, DBP, DBKL & TV3
Tajaan : KiraWang Sdn. Bhd
Karya : Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said
Arahan : Rosminah Mohd. Tahir
Penaung Kehormat: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
Naskhah ini adalah pementasan kali ketiga di Malaysia juga kisah berkisarkan kehidupan wanita. Kali ini di zaman 40-an. Kisah tragis seorang wanita penari kabaret. Antara pelakonnya ialah Juhara Ayob, Shahriza Mahmod, Zuhairi Ibrahim, Abu Bakar Omar, Norzizi Zulkifli, Mazlan Tahir, Yussak Kassan dan ramai lagi. Tetamu Kehormat yang hadir menyaksikan persembahan ini antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama lsteri, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan YB. Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Khalid Yunus dan ramai lagi.

2. TEATER KILUNG MUSUNG
Tarikh : September 2000
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium, Majlis Bandaran Shah Alam.
Anjuran : BATEK & Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Selangor
Kerjasama : PPWM
Tajaan : KiraWang Sdn. Bhd.
Karya : Ismail Kassan
Arahan : Mohd. Shukor Yon
PPWM terlibat dalam kerjasama untuk membantu salah satu kumpulan teater yang bergerak aktif di Kuala Lumpur iaitu BATEK. Antara pelakon ialah Jalaluddin Hassan, Zakiah Anas, Norzizi Zulkfili, Ricky Rekno dan ramai lagi. Ia menceritakan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu di Selangor.

AKTIVITI 1999

1. MALAM PUISI GELANGGANG RASA
Tarikh : 25 Mei 1999
Tempat : Dewan Utama MATIC
Masa : 8.30 malam
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan & DBP
Malam puisi ini adalah penglibatan pertama ahli-ahli PPWM selaku kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Badan Teater Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan (BATEK). Antara yang mengambil bahagian Norish Karman, Azean Irdawaty, Juhara Ayop, Norzizi Zulkifli, Dang Suria Zainuddin dan ramai lagi di samping persembahan khas dari Badan Teater Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan (BATEK). Persembahan ini diadakan secara percuma.


2. TEATER PELAYARAN NUR ATMA
Tarikh : 23-30 Jun 1999
Masa : 8.30malam
Tempat : Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Majlis Teater Kebangsaan & SQ Productions Sdn. Bhd.
Karya : Sasterawan Negara Datok Noordin Hassan
Pengarah : Siti Rohayah Attan
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
VIP : Permaisuri Agong
Percubaan pertama ahli yang mempunyai latar pengalaman seni masing-masing, bergabung tenaga menerbitkan sebuah pementasan teater yang mengangkat nilai wanita dalam ceritanya. Ia juga bagi mengumpul tabung pendidikan PPWM untuk sumbangan kepada penuntut penulisan kreatif Akademi Seni Kebangsaan.
Uniknya teater ini kesemua pelakonnya adalah perempuan walaupun watak tersebut adalah watak lelaki. Ia menggabungkan ahli-ahli PPWM dan pelakon terkenal seperti Azean Irdawaty, Norish Karman, Raja Azura, Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Eliza Mustaffa, Dorothy Jonathan, Norazwani Mohd Yassin. Antara Tetamu Kehormat ialah Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Isteri Datin Seri Endon Mahmood. Dan turut menyaksikan nya ialah Permaisuri Agung Tuanku Aishah.

3. PELANCARAN DAN MAKAN MALAM PPWM
Tarikh : 23 Ogos 1999
Masa : 8.30 malam
Tempat : Ballroom, Kuala Lumpur Golf &Country Club Bukit Kiara
Anjuran : PPWM
Pelancaran PPWM oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada malam tersebut diadakan penyerahan cek dari tabung pendidikan PPWM hasil kutipan tiket teater Pelayaran Nur Atma kepada Pengarah Akademi Seni Kebangsaan, Dr. Hatta Azad Khan sebanyak RM10,000. Terdapat persembahan seksa lakon, nyanyian dan Dikir Barat dari ahli PPWM dan majlis diserikan dengan persembahan dari Siti Nurhaliza, Kenny Tan dan Syed Sobri.

4. TEATER DEJAVU SEORANG PEREMPUAN
Tarikh : 23 - 30 Oktober 1999
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kompleks Tuanku Abdul Rahman (MATIC), Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Badan Teater dan Kesenian Wilayah (BATEK) & Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan (PKKWP).
Karya : Ismail Kassan
Arahan : Siradomosa (Siti Rohayah Attan)
Penaung : Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar
Teater ini berunsur komedi berkisar kisah pendatang dan masyarakat terbuang yang mengharungi pelbagai rintangan untuk hidup di kawasan lombong. Antara pelakonnya ialah Erma Fatima, Aida Rahim, Aida Aris, Norzizi Zulkifili, M. Ridzuan Deen dan Shukor Yon dan juga ahli-ahli BATEK. Penaung teater ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

SENARAI TERAJU PPWM 2004-2009

PRESIDEN : Siti Rohayah Attan
NAIB PRESIDEN : Rosminah Mohd. Tahir
SETIAUSAHA : Sylvia Hol
BENDAHARI : Zurina Jantan
JAWATANKUASA : Juhara Ayob, Zaiton Abu Samah, Aminah Mokhtar, Norzanah Razaly,
Norzaila Rosli, Shahriza Mahmud, Noraida Che Mustaffa dan Siti Jasmina Ibrahim

Objektif Penubuhan PPWM

1. PPWM bertujuan mengeratkan hubungan sesama penulis wanita yang terlibat dalam bidang ini semakin ramai. Justeru, mereka perlu dikumpulkan di bawah satu bumbung bagi membangunkan bidang ini setanding dengan bidang-bidang lain. Di bawah PPWM, mereka dapat bersatu dalam menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan terancang.
2. PPWM bukan sebuah persatuan yang terlalu bergantung atau berhubung gender hanya kerana terdapat perkataan `wanita'. Ahli-ahli PPWM dipilih daripada golongan yang bersifat produktif, punya wawasan tersendiri dan bersikap terbuka. Namun, fokus terhadap sahsiah dan nilai wanita diberikan penekanan.
3. PPWM juga akan bertindak sebagai `mata' dan `telinga' kepada masyarakat bagi mengetengahkan unsur-unsur positif dan mengetepikan hal-hal negatif dalam segala bidang bagi melahirkan masyarakat madani. Ini boleh dilakukan melalui kritikan di media, penerbitan atau menyuarakan dalam seminar-seminar anjuran kerajaan atau NGO.
4. Ahli-ahli persatuan ini berusia dalam lingkungan usia 18 tahun hingga 50 tahun. Bidang kerjaya pula terbuka luas tetapi fokus diberikan kepada karya penulisan tanpa mengira genre. Selain itu, ahli-ahli PPWM adalah golongan profesional yang berkerjaya doktor, peguam, pensyarah, kurator, wartawan, pelakon, pegawai kesenian, perhubungan awam, ahli perniagaan dan ramai lagi.

LATAR BELAKANG

PERSATUAN Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dicadangkan penubuhannya sejak Disember 1998. Bagaimanapun, setelah diadakan perbincangan demi perbincangan, maka satu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Penaja pada 15 Februari 1999 bahawa persatuan ini perlulah didaftarkan secara sah. Ia adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO's) yang tidak berkepentingan kepada mana-mana pihak melainkan membawa kebaikan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Setelah penubuhannya, PPWM dinaungi oleh YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) iaitu Isteri Perdana Menteri. Beliau adalah seorang penaung yang mengambil berat terhadap aktiviti seni dan sastera yang boleh meningkatkan nilai dan kualiti kesenian dan kesusasteraan tanah air. Beliau juga prihatin terhadap kebajikan ahli-ahli khasnya dan penulis serta aktiviti seni negara ini.