Custom Search

Jun 4, 2009

AKTIVITI 2006

1. PELANCARAN PROGRAM ISTANA BUDAYA ‘06
Tarikh : 6 Januari 2006
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : Istana Budaya & KeKKWa
Kerjasama : PPWM, CTRA Production dll
VIP : YBhg. Dato’ Azizah Abod (Ketua Setiausaha KeKKWa)
Program ini diadakan untuk menghebahkan tentang keseluruhan program Istana Budaya bagi tahun 2006. Antara programnya termasuklah pementasan teater Muzikal Lantai T.Pinkie terbitan PPWM yang akan berlangsung pada April nanti. Ia dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Siti Azizah Abod. Produksi Lantai T.Pinkie juga mempersembahkan fregmen yang dilakonkan oleh Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Azizah Mahzan dan Safura Ya’cob.



2. SIDANG MEDIA MEMPERKENALKAN PRODUKSI MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 17 Mac 2006
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Istana Budaya & KeKKWa
Sidang media ini dikendalikan oleh Presiden PPWM, Siti Rohayah Attan dan Naib Presiden PPWM, Rosminah Tahir serta dihadiri oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Azhar Abu Bakar serta semua tenaga produksi dan kira-kira 100 wartawan. Antara pelakon yang hadir ialah Nasha Aziz, Azizah Mahzan, Zuhairi Ibrahim, Zaifri Husin, Soong Ai Ling.


3. SIDANG MEDIA PELANCARAN MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 13 April 2006
Tempat : Saloma Bistro & Restaurant, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Kerjasama : Istana Budaya, KeKKWA & Saloma Bistro
VIP : Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan
Teater araha Rosminah Tahir dan karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 April – 7 Mei. Sehubungan itu, pelancarannya telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Azhar Abu Bakar.
Persembahan fregmen setengah jam dilakonkan oleh semua pelakon teater ini seperti Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Soong Ai Ling, Azizah Mahzan, Vanidah Imran, Abby Abadi dan ramai lagi. Lebih 100 wartawan dan jemputan telah hadir ke majlis yang ditaja oleh Saloma Bistro ini.



4. PEMENTASAN TEATER MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 28 April - 7 Mei 2006
Tempat : Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Istana Budaya & KeKKWa
Tajaan : KeKKWa & PNB Berhad
Karya Asal : Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said
Skrip/Arahan: Rosminah Mohd. Tahir
Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Penaung : Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Ini adalah pementasan keempat Lantai T.Pinkie yang diarahkan oleh Naib Presiden PPWM, Rosminah Tahir. Pementasan ini adalah sebagai mengenang sumbangan Penaung PPWM, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood dalam usaha menyemarakkan semangat ahli-ahli PPWM untuk memajukan bidang seni negara. Antara pelakon yang terlibat dalam teater karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ini ialah Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Zaifri Husin, Safura Ya’cob, Abby Abadi dan ramai lagi. Pengarah Muzik ialah Pak Ngah (Suhaimi Mohd. Zain) manakala Koreografer ialah Anthony Meh.
Antara yang hadir menyaksikan pementasan ini ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri; Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tun Abd. Rahman Abbas dan isteri; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendy Norwawi dan isteri, Pengerusi Eksekutif Media Prima, Datuk Abd. Mutalib Abd. Razak dan isteri serta Pengerusi Eksekutif PNB Berhad, Tan Sri Ahmad Sarji Abd. Hamid dan isteri. Persembahan ini secara keseluruhannya disaksikan oleh lebih 10,000 penonton.





5. MAJLIS TERIMA KASIH PRODUKSI MUZIKAL LANTAI T.PINKIE
Tarikh : 21 Mei 2006
Tempat : Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM & CTRA Production
Majlis yang serba sederhana ini diadakan dengan tujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan pementasan teater Lantai T.Pinkie dari 28 April – 7 Mei 2006. Antara tetamu yang hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said dan isteri serta Ketua Pengarah Istana Budaya, Azhar Abu Bakar. Begitu juga pelakon seperti Zuhairi Ibrahim, Nasha Aziz, Safura Ya’cob, Zaifri Husin dan Soong Ai Ling.



6. SIDANG MEDIA MUZIKAL LANTAI T.PINKIE (PERAK)
Tarikh : 6 September 2006
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM, CTRA Production& Kerajaan Negeri Perak
Kerjasama : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak & KeKKWa
Sidang ini untuk memaklumkan kepada media dan masyarakat bahawa teater ini akan dipentaskan di luar Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Datuk A.Samad Said dan Pengarah JKKP, Habsah Nordin serta pelakon seperti Vanidah Imran, Khatijah Tan, Juhara Ayob, Tania Zainal, Safura Ya’cob dan ramai lagi.


7. PEMENTASAN MUZIKAL LANTAI T.PINKIE (PERAK)
Tarikh : 15 – 17 September 2006
Tempat : Taman Seni Budaya Ipoh, Perak
Anjuran : PPWM, CTRA Production, Kerajaan Negeri Perak & Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak
Karya Asal : Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said
Skrip/Arahan : Rosminah Mohd. Tahir
Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri)
Penaung : Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (Menteri Besar Perak)
Pelakon yang terlibat ialah Vanidah Imran, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Song Ai Ling, Juhara Ayob, Zaifri Husin, Tania Zainal, Safura Ya’cob dan ramai lagi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

No comments:

Post a Comment