Custom Search

Jun 4, 2009

LATAR BELAKANG

PERSATUAN Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dicadangkan penubuhannya sejak Disember 1998. Bagaimanapun, setelah diadakan perbincangan demi perbincangan, maka satu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Penaja pada 15 Februari 1999 bahawa persatuan ini perlulah didaftarkan secara sah. Ia adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO's) yang tidak berkepentingan kepada mana-mana pihak melainkan membawa kebaikan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Setelah penubuhannya, PPWM dinaungi oleh YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) iaitu Isteri Perdana Menteri. Beliau adalah seorang penaung yang mengambil berat terhadap aktiviti seni dan sastera yang boleh meningkatkan nilai dan kualiti kesenian dan kesusasteraan tanah air. Beliau juga prihatin terhadap kebajikan ahli-ahli khasnya dan penulis serta aktiviti seni negara ini.

No comments:

Post a Comment