Custom Search

Jun 4, 2009

AKTIVITI 2001

1. MALAM SENI `KATA KASIH MAHKOTA HATI’
Tarikh : 25 Mei 2001
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Yayasan Budi Penyayang, DBP dan Kumpulan Utusan
Majlis ini bersempena sambutan Hari Ibu. Persembahan puisi, lakon, sketsa dan nyanyian diadakan. Tokoh sastera, aktivis seni, pelakon dan penyanyi mengadakan persembahan.Yang teristimewa, penampilan pertama kali penaung PPWM YABhg Datin Seri Endon Mahmood, membacakan sebuah puisi yang ditulis oleh ahli PPWM, Rosminah Tahir bertajuk Kata Kasih Mahkota Hati diringan petikan gitar, dan Az Samad, anak SN A. Samad Said. Di samping itu ramai artis dan penggiat seni lain turut terlibat.


2. BENGKEL REKREASI RAKAN SENI BUDAYA
Tarikh : Ogos, September & Oktober 2001
Masa : 3 – 6 petang (Setiap Sabtu)
Tempat : Kelab Rekreasi Rakan Muda, Bukit Perdana
Anjuran : PPWM & Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Negara.
Kerjasama : Akademi Seni Kebangsaan
Bengkel tari ini meliputi tarian tradisional iaitu Zapin, Endang dan Joget Pahang. Ia terbuka kepada remaja dan belia berusia 17 tahun hingga 25 tahun. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Konsep yang digunakan adalah ‘Meriah Kampung’. Proses bengkel secara santai dan praktikal dapat menarik minat remaja.

3. MALAM SENI `GEMA MANDIRI RAKAN MUDA’
Tarikh : 29 September 2001
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kelab Rekreasi Rakan Muda, Bukit Perdana
Anjuran : PPWM & Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Negara.
Kerjasama : Akademi Seni Kebangsaan
Majlis ini bersifat ekspresi seni bertemakan Cintakan Negara dan mengenal jati diri bangsa dan rakyat Malaysia. Ia bersempena sambutan penubuhan Malaysia dan bulan Kemerdekaan. Persembahan diadakan oleh peserta Bengkel Rakan Seni Budaya anjuran PPWM pada Ogos.


4. PERTEMUAN PENULIS ASIA TENGGARA & MAJLIS MERAIKAN PENERIMA SEA WRITE AWARD 2001
Tarikh : 30 September 2001
Masa : 8.30 malam
Tempat : Banquet Hall, Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur.
Anjuran : Akademi Seni Kebangsaan & DBP
Kerjasama : PPWM
Majlis ini adalah penghubung program Pertemuan Penulis Asia Tenggara. Lebih 300 peserta seluruh Asia menyertai program ini. Ia juga bagi meraikan Zakaria Ariffin yang menerima SEA Write Award tahun 2001 dari Raja Thailand. Tetamu Kehormat ialah YABbhg. Datin Seri Endon Mahmood.


5. BENGKEL TEATER PUTERI
Tarikh : 27 - 28 Oktober 2001
Masa : 8 pagi - 10 malam
Tempat : Hotel di Melaka
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Puteri UMNO Alor Gajah, Melaka
Bengkel ini bertujuan mendedahkan ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka tentang dunia teater. Bagi program ini bengkel dikendalikan oleh Presiden PPWM, Siti Rohayah Attan, Bendahari PPWM, Shahriza Mahmood dan pengarah teater jemputan dari Bandung, Indonesia, Yani Mae.

No comments:

Post a Comment