Custom Search

Jun 4, 2009

AKTIVITI 1999

1. MALAM PUISI GELANGGANG RASA
Tarikh : 25 Mei 1999
Tempat : Dewan Utama MATIC
Masa : 8.30 malam
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan & DBP
Malam puisi ini adalah penglibatan pertama ahli-ahli PPWM selaku kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Badan Teater Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan (BATEK). Antara yang mengambil bahagian Norish Karman, Azean Irdawaty, Juhara Ayop, Norzizi Zulkifli, Dang Suria Zainuddin dan ramai lagi di samping persembahan khas dari Badan Teater Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan (BATEK). Persembahan ini diadakan secara percuma.


2. TEATER PELAYARAN NUR ATMA
Tarikh : 23-30 Jun 1999
Masa : 8.30malam
Tempat : Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Majlis Teater Kebangsaan & SQ Productions Sdn. Bhd.
Karya : Sasterawan Negara Datok Noordin Hassan
Pengarah : Siti Rohayah Attan
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
VIP : Permaisuri Agong
Percubaan pertama ahli yang mempunyai latar pengalaman seni masing-masing, bergabung tenaga menerbitkan sebuah pementasan teater yang mengangkat nilai wanita dalam ceritanya. Ia juga bagi mengumpul tabung pendidikan PPWM untuk sumbangan kepada penuntut penulisan kreatif Akademi Seni Kebangsaan.
Uniknya teater ini kesemua pelakonnya adalah perempuan walaupun watak tersebut adalah watak lelaki. Ia menggabungkan ahli-ahli PPWM dan pelakon terkenal seperti Azean Irdawaty, Norish Karman, Raja Azura, Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Eliza Mustaffa, Dorothy Jonathan, Norazwani Mohd Yassin. Antara Tetamu Kehormat ialah Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Isteri Datin Seri Endon Mahmood. Dan turut menyaksikan nya ialah Permaisuri Agung Tuanku Aishah.

3. PELANCARAN DAN MAKAN MALAM PPWM
Tarikh : 23 Ogos 1999
Masa : 8.30 malam
Tempat : Ballroom, Kuala Lumpur Golf &Country Club Bukit Kiara
Anjuran : PPWM
Pelancaran PPWM oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada malam tersebut diadakan penyerahan cek dari tabung pendidikan PPWM hasil kutipan tiket teater Pelayaran Nur Atma kepada Pengarah Akademi Seni Kebangsaan, Dr. Hatta Azad Khan sebanyak RM10,000. Terdapat persembahan seksa lakon, nyanyian dan Dikir Barat dari ahli PPWM dan majlis diserikan dengan persembahan dari Siti Nurhaliza, Kenny Tan dan Syed Sobri.

4. TEATER DEJAVU SEORANG PEREMPUAN
Tarikh : 23 - 30 Oktober 1999
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kompleks Tuanku Abdul Rahman (MATIC), Kuala Lumpur
Anjuran : PPWM
Kerjasama : Badan Teater dan Kesenian Wilayah (BATEK) & Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan (PKKWP).
Karya : Ismail Kassan
Arahan : Siradomosa (Siti Rohayah Attan)
Penaung : Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar
Teater ini berunsur komedi berkisar kisah pendatang dan masyarakat terbuang yang mengharungi pelbagai rintangan untuk hidup di kawasan lombong. Antara pelakonnya ialah Erma Fatima, Aida Rahim, Aida Aris, Norzizi Zulkifili, M. Ridzuan Deen dan Shukor Yon dan juga ahli-ahli BATEK. Penaung teater ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

No comments:

Post a Comment