Custom Search

Dec 22, 2009

AKTIVITI 2009

1. Persembahan Muzikal Gamat
Tarikh: 3-8 & 11-12 Oktober 2009
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Kerjasama: Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, CTRA Production, Istana Budaya, JKKN, ASWARA, De'Media & Event Entertainment.
VIP: YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Penaung & Timbalan Menteri Kesihatan)
YB. Datuk Douglas Uggah Embas(Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar)
Teater ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang gaya hidup sihat, pencegahan penyakit & penjagaan alam sekitar. Dijayakan oleh 87 pelakon berbilang kaum dari usia 3-50 tahun, termasuklah Amy Mastura, Zuhairi Ibrahim, Aidil Solehin, Natasha Hudson & Anith Aqilah (OIAM), Eewen Teoh.
..
2. Majlis Memperkenalkan Penaja & Jamuan Hari Raya Bersama Keluarga Gamat
Tarikh: 29 September 2009
Tempat: Bilik Media, Istana Budaya.
Kerjasama: Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, CTRA Production, Istana Budaya, JKKN, ASWARA, De'Media & Event Entertainment.
Bertujuan untuk memperkenalkan penaja & pelakon serta beraya bersama rakan-rakan media.
..
3. Pelancaran Teater Muzikal Gamat
Tarikh: 18 Julai 2009
Tempat: Selasar Pualam, Istana Budaya
Kerjasama: Kementerian Kesihatan, CTRA Production, Istana Budaya, JKKN, ASWARA, De'Media & Event Entertainment.
VIP: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
Datuk Rosnah, selaku penaung kepada Muzikal Gamat melancarkan teater ini. Fragmen persembahan selama 20 minit turut diadakan bagi jemputan & media.
..
4. Sidang Media Teater Muzikal Gamat
Tarikh: 18 Jun 2009
Tempat: Bilik Seri Nilam, Istana Budaya
Kerjasama: CTRA Production, Istana Budaya, JKKN, ASWARA.
Penaung: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
Pengarah & Skrip: Zaifri Husin
Bertujuan untuk menghebahkan kepada umum tentang persembahan Muzikal Gamat yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 2-8 Oktober 2009. Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, En. Muhd Juhari Shaarani.

5. Pementasan Teater Muzikal Ibu Zain
Tarikh : 13-22 Mac 2009
Tempat : Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Kerjasama : Istana Budaya, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), ASWARA
Penaung : Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Penyelaras AMAN Malaysia)
Teater ini mengangkat jasa tokoh wanita Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman (Ibu Zain) dalam bidang pendidikan, persuratan dan politik tanahair demi mencapai kemerdekaan.Dijayakan oleh Liza Othman, Dato’ Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Nur Fatimah, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Hamzah Tahir,Zuhairi Ibrahim dan lain-lain lagi.

http://www.youtube.com/watch?v=fwFRep3-tvE

6. SIDANG MEDIA PEMENTASAN MUZIKAL IBU ZAIN
Tarikh : 4 Februari 2009
Tempat : Bilik Media, Istana Budaya
Anjuran : PPWM & AMAN Malaysia
Kerjasama : Istana Budaya, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC),
ASWARA
Penaung : Dato’ Mukhriz Tun Mahathir (Penyelaras AMAN Malaysia)
Bertujuan untuk memaklumkan kepada media dan masyarakat tentang pementasan semula muzikal ini di MaTiC. Turut hadir, Pn Zubaidah Mokhtar (Pengarah Pemasaran Istana Budaya), Pn Habsah Nordin (HEP ASWARA), Zuhairi Ibrahim (Penolong Pengurus MaTiC). Fragmen selama 15 minit dipersembahkan untuk tatapan media.

No comments:

Post a Comment